Saban tahun, apabila foto-foto EH! TOP 20 dikeluarkan kami sering ditanya “where did you found all these girls and boys?”. Sebagai sebuah penerbitan yang sudah melebihi dua dekad usianya pastinya EH! Mahu sentiasa bergerak ke hadapan dan dilihat segar, dan salah satu cara untuk merealisasikan objektif ini adalah dengan mengemas kini kandungan kami dengan paparan wajah segar dan masa kini. Dunia bergerak pantas dan kemunculan wajah-wajah baru silih berganti, ramai yang mampu bertahan bertahun-tahun lamanya, ada juga sebaliknya. EH! Top 20 tahun ini sama seperti yang dulu, kami mahu meraikan personaliti dan selebriti yang kami ramal punya potensi untuk terus mewarnai lapangan seni dalam tahun-tahun mendatang. Senarai tahun ini juga meriah warnanya dengan kepelbagaian bakat yang dipertaruhkan. Kami berbesar hati apabila ada jenama yang menjadikan senarai kami sebagai rujukan mereka dalam mencari wajah-wajah baharu. Lebih gembira bila ada juga yang menganggap ini adalah satu recognition bermakna pada permulaan langkah mereka.
Khairul Abidin
Pengarah Kreatif

Selepas seharian di set penggambaran, apa yang kamu lakukan untuk memanjakan diri? Biasanya pada hujung minggu saya suka ke pasar pagi dan menyediakan juadah makan tengahari atau makan malam. Memasak membuatkan saya tenang. Jika pada hari-hari biasa saya akan ambil masa yang lama untuk mandi dan menonton TV. Siapakah ikon fesyen kamu? Ramai! Antaranya Grace Kelly, Mary-Kate dan Ashley Olsen, Alexa Chung, Carolyn Bessette-Kennedy dan juga Marilyn Monroe. Apakah bau haruman pertama yang kamu ingat? Saya masih ingat sewaktu kecil saya suka menyembur bermacam-macam minyak wangi dalam satu masa. Saya terasa dewasa bila dapat berbuat begitu. Bagaimana kamu ‘mendefinisi’ Paco Rabanne sebagai satu jenama? Bagi saya Paco Rabanne sangat cool dan bersahaja. Ia juga punya karakter ‘nakal’, yang mana saya sukakannya. Siapa wanita Paco Rabanne pada pandangan kamu? Seorang yang tak terlalu mencuba. Dia natural dan sofistikated. Apa yang kamu suka tentang FAME, haruman terbaru Paco Rabanne? Saya sukakan bau bunga melati dan mangga. Ia segar dan sebuah haruman yang boleh dipakai siang dan malam. Apakah ‘suara’ yang dibawakan oleh haruman ini? Ia melambangkan kekuatan dan keanggunan.
Paco Rabanne mendefinisikan karakter wanita yang menyembur FAME sebagai seorang yang playful, seksi dan berkuasa. Bagi Paco Rabanne mereka adalah seorang bintang. Haruman ini menggunakan 90 peratus bahan asli dan dihasilkan di Grasse, Perancis, antara destinasi pembuatan haruman termasyhur dunia. Dan seiring dengan keprihatinan dunia tentang hal kelestarian (sustainability), setiap bahan dan langkah proses pembuatannya juga sangat teliti.

Haruman ini adalah kolaborasi empat pakar haruman iaitu Dora Baghriche, Marie Salamagne, Alberto Morillas dan Fabrice Pellegrin.Menariknya tentang FAME, haruman ini menggabungkan bahan-bahan yang tidak pernah disatukan dalam mana-mana minyak wangi sebelum ini. Ia menemukan kuntuman bunga melati bersama kesegaran bau mangga ranum. Menambah semerbak aromanya, FAME juga dipercikan dengan kayu cendana dari Australia dan juga bau vanila. Tambah istimewa, haruman ini dibotolkan dalam satu kelalang yang sangat menangkap mata. Padanan ton metalik emas dan perak yang disatukan dalam satu botol yang bagai dipakaikan dengan gaun ikonik Paco Rabanne.

KOSÉ menerusi produk terbarunya, Sekkisei Vitalizing Serum memanipulasi kebaikan probiotik yis hitam (Black Yeast Probiotic) hasil daripada kajian selama 36 tahun mereka. Ia dihasilkan daripada 87 peratus bahan semula jadi yang dikawal selia ISO 16218 dan probiotik yis hitamnya terhasil daripada buah pisang kaki yang dikeringkan menerusi cara penapaian tradisi Jepun. Sebanyak 750 juta probiotik dikulturkan selama 300 jam untuk setiap isi botol serum ini.

Probiotik yis hitam berfungsi sebagai pelindung pada kulit, baik pada lapisan luar mahupun dalam. Ia mewah dengan manfaat rahsia iaitu beta-gulcan yakni sejenis membran yang melindungi probiotik dari kerosakan luar semasa bertindak sebagai penghadang semula jadi untuk melindungi sel kulit beta-gulcan juga membuatkan kulit terus lembap dan berasa lebih mulus.

Hasil penggunaan berterusan selama empat minggu, volum kandungan air dalam kulit akan meningkat lantas menjadikan kulit lebih lembap dan dalam masa yang sama fungsi penghadang kulit juga semakin baik. Kulit menjadi lebih kuat dan bertenaga.Tekstur kulit juga berubah, lebih anjal dan berseri-seri. Sapukan Sekkisei Vitalizing Serum pada wajah selepas sapuan losen atau penyegar. Tekstur serum ini ringan, tidak melekit, mudah diserap, bebas pewarna mahupun paraben serta aromanya menyegarkan. Sapu dengan lembut dan menyeluruh pada wajah.

Himpunan Quad Diamond menampilkan siri kelopak bunga yang unik, diperbuat daripada Rose Gold 10K dan bertatah berlian pada setiap utas rantai disinari cahaya batu nilam merah jambu. Kembali pada stail klasik, himpunan De Curvar digubah dalam siri Emas 10K, disuai padankan dengan cincin bersaluti emas putih dan warna mawar klasik. Direka melengkung, koleksi ini menampilkan sisi dinamik yang klasik dan bingkasan keliling yang sarat tatahan berlian.

Hitam dan androgynous, Titan Black Diamond, siri berlian yang dinamik, ditatahi dengan berlian hitam, direka khas dalam Emas Putih 10K mencipta deretan kilauan simetri yang anggun. Satu gaya yang lebih ranggi dan edgy, pastinya ini pilihan penuh energi buat lelaki. Terokai kejaiban yang tiada kesudahan dan temui diri anda menerusi DIAMOND & PLATINUM. Be YOU, Zero Rules.

Terus memancar dan berkilauan, Diamond & Platinum hadir dengan koleksi aksesori terbarunya menerusi himpunan SD yang mana rekaan yang melengkapkan koleksi ini datang dengan ilham yang lebih versatil, segar dan menterjemahkan kebebasan diri dalam berekspresi. Koleksi ini diinspirasikan dari stail generasi masa kini buat generasi masa kini.

Antara yang menjadi highlight koleksi ini ialah Triangolo Diamond Series yang diinspirasikan dengan reka bentuk siluet geometri dengan tetapan emas putih 10K. Himpunan ini dicipta untuk digandingkan bersama Starlight Paradise, anting-anting bertatah batu multiwarna, mencipta gaya yang fun dan eksentrik.

arahan kreatif KHAIRUL ABIDIN & AMIRUL ARIFIN fotografi EDMUND LEE fotografi acara RYAN MOHAMAD videografi JACKIE MAH videografi belakang tabir FAUZAN SERINARA penata gaya KHAIRUL ABIDIN, FARAH AIN & ERDINA NOOR ALEEYA penata gaya hijab YAYA IBRAHEM rekaan grafik AMIRUL ARIFIN & HILMAN HISHAM Solekan ADY RAZAK, CHOMEL & SAHIR SABRI(menggunakan KOSÉ.) Dandanan Miedy Daniel & Yusof Ruzaimi Pakaian MASSIMO DUTI, MIMPI KITA, NURITA HARITH, ONITSUKA TIGER, SYOMIR IZWA GUPTA, ZARA aksesori DIAMOND & PLATINUM lokasi LE MERIDIEN PETALING JAYA
Sign Up For Our Newsletter