Barisan editorial EH! memilih filem muzikal all time favourite mereka.
Into the Woods – Pilihan Julia Azman, Penulis Fesyen
Filem sarat dengan elemen fantasi menjadi pilihan saya! Ditambah pula dengan barisan pelakon A-list seperti Meryl Streep, Emily Blunt, Anna Kendrick, James Corden , Chris Pine, Tracey Ullman dan Johnny Depp menghidupkan lagi filem arahan Rob Marshall. Gabungan adegan watak Disney fantasi seperti Cinderella, Jack and the Beanstalk, Rapunzel dan Little Red riding Hood semuanya terbaik!
Grease – Pilihan Aqilah Najwa, Pelatih Industri
https://www.youtube.com/watch?v=wzWmxjYNfz4
Filem muzikal kegemaran saya adalah filem romantik dan lucu dari 1978, Grease. Mengisahkan Dany (John Travolta) dan Sandy (Olivia Newton-John), sepasang kekasih yang telah berjumpa di pulau Australia pada cuti musim panas. Tanpa disedari, Sandy kemudiannya telah berpindah ke sekolah tinggi Danny di mana dia dikenali sebagai lelaki paling nakal dan popular di situ. Keadaan menjadi tegang selepas mereka dipertemukan dengan sengaja oleh Rizzo (bekas teman wanita Danny).
Kecewa dengan sikapnya yang tidak diduga, Sandy telah memutuskan hubungan dengan Dany dan sedaya upaya untuk melupakan lelaki yang dicintai. Tonton sahaja babak babak lucu Dany dan rakan rakannya untuk memenangi semula hati Sandy dengan mendendangkan lagu lagu menarik yang evergreen. Filem ini turut dibintangi Jeff Conaway, Stockard Channing, Didi Conn dan ramai lagi.
Chicago – Pilihan Muzammin Muzlan, Penulis Kanan Fesyen
Anda pasti ingat pada persembahan ikonik Cell Block Tango dan All That Jazz oleh Catherine Zeta-Jones bukan? Chicago menampilkan all star cast seperti Renee Zellweger, Catherine Zeta-Jones, Queen Latifah dan Richard Gere. Ia menceritakan kisah dua wanita di dalam penjara yang disabitkan dengan kesalahan membunuh dan menunggu perbicaraan pada era 20-an. Adaptasi 2002 arahan Rob Marshall ini adalah filem muzikal terakhir yang dinobatkan Filem Terbaik di Anugerah Akademi.
Les Miserables – Pilihan Anis Hanini, Penulis Kanan Gaya Hidup
Ia membariskan bintang-bintang Hollywood A-list termasuk Anne Hathaway, Huge Jackman, Russell Crowe, Amanda Seyfried, Eddie Redmaybe, Helena Bonham Carter serta Sacha Baron Cohen. Saya menonton filem ini tanpa menonton trailer jadi saya tidak memiliki apa-apa jangkaan atau harapan. Ia antara satu keputusan terbaik yang saya pernah lakukan. Dari segi visual, kostum, solekan hingga arahan seni, bagi saya ia cukup sempurna. Apatah lagi lakonan mereka semua amat memberangsangkan sehingga berjaya mengusik emosi.
Burlesque – Pilihan Razin Mohd, Penulis Projek Khas
Cerita tentang kelab kaberet yang dibintangi oleh pelakon utama Christina Aguilera dan Cher ini adalah antara filem muzikal yang tidak akan pernah bosan untuk ditonton semula. Kehidupan Alli lakonan Christina mengangkat nama beliau kembali pada masa itu dan begitu juga dengan Cher sebagai pemilik caberet club Burlesque. Walau jalan ceritanya tampak biasa dan expected, namun disebabkan lagu-lagu, kostum pakaian dan barisan pelakon yang hebat menjadikan ia satu filem muzikal yang berkualiti dan menjadi antara filem tema cabaret club terbaik selepas Moulin Rough (2001) dan Chicago (2002).
Pitch Perfect 2 – Pilihan Farhana Fuad, Penulis Web
Ia merupakan filem sambungan buat filem sebelumnya Pitch Perfect. Filem muzikal lakonan Anna Kendrick dan Rebel Wilson ini menceritakan tentang selepas tiga tahun Barden Bellas menjuarai pertandingan muzikal peringkat negara, yang mana satu kumpulan wanita pertama yang memenanginya. Semua nampaknya baik sehingga persembahan Lincoln Center untuk presiden Amerika Syarikat membawa kepada skandal dan permasalahan seterusnya menyebabkan ketegangan dalaman dan persengketaan. Untuk mengembalikan title mereka sebagai satu kumpulan yang terbaik, mereka mengikuti sebuah perjalanan yang banyak dugaan dan rintangan dalam menyertai pertandingan untuk merebut takhta world championship di Copenhagen, Denmark.
Birdman- Pilihan Khairul Abidin, Editor
Walaupun Birdman bukanlah sebuah muzikal sepenuhnya (dikelasfikasikan sebagai satirical black comedy-drama) namun muzik latar bagi filem ini yang membuat perasaan naik turun pabila menontonnya. Filem yang dikepalai oleh Michael Keaton ini mengisahkan perjalanan pelakon yang semakin malap sinarnya yang mahu membina kembali namanya di pentas Broadway.
Satu yang menarik tentang filem ini ialah permainan kamera tunggal, membuatkan ia sebuah naskhah yang cukup istimewa. Dengan empat kemenangan di Oscar termasuk Filem Terbaik, tiada alasan mengapa filem ini harus dilepaskan. Birman turut dibintangi oleh Emma Stone yang kini menyinar menerusi filem muzikal la La Land.