Parti EH! TOP 20 X ELLE telah pun berlangsung dengan meriahnya pada malam Khamis lalu dengan kehadiran selebriti serta pembaca bertuah.
Acara EH! TOP 20 x Elle kali ini membariskan 20 orang selebriti generasi baru yang bakal mendominasi lapangan seni tanah air tidak kira dari bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan dan juga peragaan.
Lihat gambar : Ketibaan Selebriti Di Parti EH! TOP 20 X ELLE
20 wajah segar ini termasuklah Sophia Liana, Raysha Rizrose, Nabila Razali, Elvina Mohamad, Yaya Zahir, Nadia Brian, Ain Edruce, Ara Johari, Cik Manggis, Mimi Lana, Afifah Nasir, Mawar Rashid, Amira Othman, Didi Astillah, Eyka Farhana, Jasmine Suraya Chin, Rita Nadira, Azira Shafinaz, Ernie Zakri dan Sweet Qismina.
Bertempat di Slate @ The Row Kuala Lumpur, acara tahunan EH! ini membawa tema ala Parisan Chic, di mana rata-rata selebriti dan tetamu yang diundang hadir dengan tema pakaian tersebut.
Hos pada EH! TOP 20 kali ini sudah pastinya tidak lain dan tidak bukan, Dino Omar. Persembahan dari Swag Studio Projects menjadi pembuka majlis buat tetamu yang hadir. Tetamu turut dihiburkan dengan dengan persembahan dari penyanyi kecil molek iaitu Ernie Zakri yang membawa sebuah lagunya berjudul Jangan Marah serta lagu cover New Rules dendangan asal penyanyi antarabangsa, Dua Lipa.
Hael Husaini turut mendendangkan dua buah lagu pada malam itu yang berjudul Feeling Good nyanyian asal Michael Buble serta lagu hits miliknya sendiri iaitu Jampi.
EH! turut ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pihak penaja yang menyempurnakan acara tersebut terutama sekali kepada penaja utama iaitu Elle Boutique, goodies bag yang sarat dengan produk dari Dyptique, By Terry, Kerastase, rakan media yang merakam detik-detik acara itu HLive, Slate @ The Row yang menjadi lokasi rasmi, dekorasi dalaman dari Renai Studio serta hidangan minuman dan makanan yang menyelerakan dari katerer QuickBrownFoxEats.
Pada malam itu, seramai 20 orang pembaca bertuah turut diundang untuk memeriahkan EH! TOP 20 X ELLE. Terima kasih buat semua yang menjayakan serta menghangatkan parti EH! ini.
EH! kongsikan gambar di sekitar EH! TOP 20 X ELLE. Klik seterusnya.