Sebulan dua yang lalu, jurusolek terkenal (juga kawan baik saya), Emmy Agung bertanya pada saya, “Beb, you free tak 26 November?”
“Free” jawab saya.
“You boleh tak temankan I pergi mekapkan Sally? Dia bertunang,” katanya lagi.
“Boleh. Tapi you tanya dulu Sally boleh atau tak. Mana tahu dia mahu rahsiakan dulu. You tanya dia dulu okey,” saya membalas.
Beberapa hari kemudian Emmy memberitahu saya Saleha tiada masalah jika Emmy mahu membawa saya bersama ke majlis pertunangannya yang berlangsung di Klang itu.
Jadi, pada Sabtu lepas, saya bersama-sama Emmy seawal jam lapan pagi sudah berada di perkarangan rumah Siti Saleha. Di hadapan rumahnya sudah terpacak dua buah khemah berwarna putih.
Di luar pintu rumahnya pula tergantung gambar-gambar Saleha bersama bakal tunangnya. Sebaik melangkah masuk saya dan Emmy disambut Saleha. Di tangannya sedang memegang sepotong karipap.
“Thank you for coming. You guys look nice in black” sambut Saleha.
Dan saya sempat melirik mata melihat pelamin mini yang terbina di sebelah kiri saya. Ringkas namun cantik.
“You guys naik atas dulu, unpack your stuffs, nanti I naik later okay,” ujar Saleha.
Sudah 10 minit menunggu akhirnya Saleha masuk ke kamarnya dan terus duduk di kerusi solek. Robe merah samar yang dikpakainya juga membuatkan wajahnya naik seri. I can see happiness. Emmy terus memulakan tugasnya.
Dia mencipta kanvas yang cukup tipis, memandangkan wajah Saleha sendiri tidak memerlukan solekan yang tebal. Pagi itu Emmy menggunakan asas solekan daripada Dior.
“Dalam banyak-banyak jenama yang I pernah cuba, Dior memang paling serasi dengan Sally,” kata Emmy.
Dia menggunakan bedak asas bersama loose powder Dior.
Untuk solekan mata pula dia menggunakan pembayang mata daripada Nars. Warna-warna tanah menjadi pilihan. Untuk bulu mata Emmy menggunakan maskara daripada Maybelline.
Untuk pemerah pipi, contouring dan juga gincu, Emmy menggunakan Nars. Emmy mengadun tiga palet pemerah pipi berbeza dan menggunakan dua warna gincu berbeza.
Dia menggunakan Audicious Lipstick Apoline terlebih dahulu dan kemudiannya melapiskan liputan gincu itu dengan gincu dari rangkaian yang sama dalam ton Raquel.
Sebaik siap bersolek, salah seorang teman baik Saleha (yang juga menjadi dulang girls) hari itu membawa masuk gaun yang bakal disarungkan Saleha. Cantik. Gaun itu dihiasi renda pada bahagian atas dan diperindah dengan lisu (pleats) pada bahagian pinggang.
“You teka baju siapa ni beb? Baju Nurita.” kata Emmy.
Tidak hairan baju itu cukup ‘romantik’ dan feminine, kerana Nurita memang bijak mencipta busana dengan elemen sedemikian. Seminggu sebelum itu Saleha menyarung gaun nude dengan taburan bunga mawar, ilham Nurita juga.
Gayanya malam itu antara yang terbaik di Anuegrah Skrin 2016. Eddy Yusman yang merias rambut Saleha di Anugerah Skrin juga merias dandanannya di hari pertunangannya.
Tepat jam 10.30 saya dan Emmy terpaksa berangkat pulang kerana Emmy punya appointment seterusnya. Hari itu cukup indah biarpun kami terkejar-kejar.
Terima kasih Emmy dan Saleha kerana sudi mengundang saya ‘duduk-duduk’ melihat persiapan di kamar sebelum Saleha bergelar tunangan orang. Tahniah Sally.
Lagi gambar, saya himpunkan di bawah.