Istilah Geng Kunyit mendapat perhatian netizen di Malaysia dan menimbulkan tanda tanya apakah maksud sebenar gelaran berkenaan. Bagaimanapun, Geng Kunyit ini kebiasaannya ditujukan kepada lelaki yang mesra sesama jantina seperti melakukan aksi berpelukan. Ada juga menganggap Geng Kunyit adalah gelaran yang diberikan kepada lelaki homoseksual atau pasangan sejenis, berwajah feminin dan lembut perwatakannya.
Malah sebilangan netizen merasakan kebanyakkan artis di Korea berada dalam kategori tersebut berdasarkan faktor rupa dan kelakuan mereka yang tidak segan berpelukan dan bermesraan di hadapan lensa. Hakikatnya, tanggapan berkenaan tidak tepat sama sekali kerana budaya di Korea lebih menghargai hubungan sesama insan dengan aksi mesra tersebut, Malah, kebanyakkan lelaki di Korea sememangnya dilahirkan wajah comel dan feminin serta mempunyai kulit lebih gebu berbanding wanita.
Dalam pada itu, EH! KOREA BUZZ senaraikan 10 artis popular di Korea yang dianggap ‘Geng Kunyit’ oleh sebilangan peminat di Korea mahupun peminat antarabangsa.