Jika berkunjung di Korea, pasti anda rambang mata untuk memilih Cafe atau kedai kopi yang mana satu untuk dikunjungi. Walaupun setiap Cafe dilihat seperti sama, namun setiap kedai ini dibuka dengan konsep yang berlainan serta menu hidangan yang berbeza.
Memandangkan drama Coffee Prince sangat popular dan ia bertemakan kedai Coffee, EH! Lampirkan 10 Cafe yang patut anda kunjungi jika anda melancong ke Korea Selatan. Senarai Cafe ini juga boleh menunaikan impian anda yang berhasrat untuk berjumpa jejaka kacak dan gadis comel seperti yang digambarkan dalam drama Korea.