9.Thanks Nature Cafe –Seogyo Dong
Cafe ini dibuka khas buat mereka yang gemar alam semula jadi. Pada awal pembukaan cafe ini, ramai merasa pelik kerana ia satu-satunya cafe yang mana anda boleh lihat biri-biri berkeliaran di sini. Minum teh di sini ibarat anda sedang berkelah di ladang penternakan biri-biri. Menu yang dihidangkan pun sangat sedap dan ramai pengunjung gemar menghabiskan masa di sini dengan bermain bersama anak biri-biri yang comel.