1.Citti Cafe -Gangnam
Istimewanya Cafe ini kerana ia dijalankan oleh sebuah keluarga yang sangat ramah dan mesra pelanggan. Selain menghidangkan minuman yang sedap serta makanan yang lazat, Cafe ini menjadi tarikan pelancong untuk hadir di sini bagi berjumpa anak-anak muda di Korea yang fasih berbahasa Inggeris. Pada setiap hari Rabu, Khamis, Jumaat dan Ahad, sebuah program khas dijalankan yang mana pelanggan boleh menikmati minuman dengan harga yang murah dalam masa 3 jam saja. Selain itu, ia menjadi medan bagi pelancong untuk mendapat kawan bangsa Korea yang boleh berbicara dalam bahasa Inggeris. Difahamkan, menerusi program ini, banyak peserta bertemu jodoh.