3.Sulbing Insadong – Insadong
Selain mempunyai pekerja yang tampan dan cantik, Cafe yang terletak di Insadong ini sangat popular kerana mempunyai pemanis mulut popular di Korea iaitu Bingsoo. Menu yang disedikan juga terlalu banyak pilihan sehinggakan anda boleh rambang mata untuk memilihnya. Antara menu yang menjadi pilihan ialah Teh Hijau Mochi dan kek Blueberry Cheese. Harganya juga sangat berpatutan. Kedudukan Cafe ini juga sangat strategik kerana sambil menikmati hidangan yang sedap anda juga boleh menikmati pemandangan malam yang indah dari dalam Cafe. Sudah pasti, ramai gadis cantik dan jejaka Korea juga suka berkunjung di sini.