4.Hello Kitty Cafe- Myeongdong
Jika anda berkunjung di tengah-tengah bandar Myeongdong, dari jauh lagi anda boleh lihat Cafe ini. Warna Merah Jambu yang terang serta ikon kartun popular ini sudah mampu menarik minat pengujung hadir ke sini. Malah, ruang dalamannya serba merah jambu. Ramai gemar ke sini bukanlah kerana untuk makan atau minum, sebaliknya ramai ke sini untuk merakam gambar dengan atmosfera yang comel dengan kartun Hello Kitty. Menu yang disediakan juga sangat ringkas saja seperti Kopi, Teh, Yogurt, Kek dan Pemanis. Semua menu ini akan dihidangkan dengan hiasan Hello Kitty dan anda juga boleh mendapatkan cederahati Hello Kitty dengan harga menarik,