4. Penyanyi Lelaki: Hazami = K Will
Penyanyi bernama K Will sangat popular dengan lagu-lagu yang mencabar vokal. Malah, K Will mempunyai personaliti vokal tersendiri serta tidak sama dengan penyanyi Korea yang lain. Walaupun masih muda, K- Will juga banyak menjadi mentor penyanyi baru di Korea. Di awal pembabitannya, K Will tidak gemar menunjukkan wajah kerana kurang yakin dengan penampilan yang dimilikinya. Dia juga ada mengajar vokal untuk bintang K-Pop. Di Malaysia pula, penglibatan K- Will diibaratkan sama seperti Hazami. Selain popular di Malaysia sebagai penyanyi ballada dan R&B, Hazami juga banyak menjadi mentor penyanyi tempatan. Dia juga pernah dan masih lagi aktif menjadi guru vokal beberapa penyanyi Malaysia.
10 Selebriti Korea & Malaysia Punya Pengaruh Sama Taraf
