5.Mendaki Bukit dan Gunung
Jika mempunyai masa terluang, orang Korea lebih memilih untuk menjalankan aktiviti mendaki gunung dan bukit bukau bersama keluarga dan sahabat berbanding pergi membeli-belah di shopping complex. Setiap musim, aktiviti ini sering dijalankan tetapi apabila tiba musim salji, aktiviti tidak dilakukan. Aktiviti sebegini bagus untuk mengeluarkan peluh dan menyegarkan badan dari bebanan kerja seharian. Aktiviti ini juga membantu untuk mendapatkan kaki yang menarik.