Memang tidak dapat dinafikan, Korea Selatan bukan saja mencetuskan fenomena muzik K-POP tetapi turut menakluk dunia dengan kecanggihan teknologi komunikasi, alat solek, fesyen, budaya, makanan, bahasa dan drama Korea.
Malah, cara orang Korea meluahkan rasa cinta turut menjadi ikutan dunia terutama sekali simbolik cinta yang sering dimulai bintang K-POP sewaktu persembahan dan ditonjolkan pelakon Korea yang terdiri daripada bintang Hallyu dalam babak-babak drama popular.
Sungguhpun beberapa isyarat cinta yang ditonjolkan itu turut membawa maksud lain bagi beberapa negara luar, pengaruh Korea amat kuat sehingga menjadi ikutan bangsa asing. Lebih ketara, banyak bintang ternama Hollywood turut sama menggunakan isyarat cinta ini kerana dirasakan amat unik dan mudah diluahkan.
Bagi pembaca setia EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A, berikut adalah 10 Simbol (Aejeong= Kasih Sayang) atau isyarat Cinta yang sering saja digunakan bintang Korea dan peminat Korea seluruh dunia. Sila lihat disebelah untuk mengetahui simbol mana yang anda suka dan acapkali digunakan.