Kunjungan kali kedua pelakon dari Korea, Cho Wan Jin,26 di Selatan Semenanjung memberikan kenangan paling indah buat dirinya apabila diamanahkan berlakon menjadi pahlawan Melayu, Hang Tuah dalam video promosi APAIE 2019 (Asia Pacific Association For International Education), baru-baru ini.
Sungguhpun masih baru dalam mengenali budaya masyarakat Melayu, Wan Jin yang kali pertama memegang watak ini ternyata bersedia dan mahu terus memeriahkan industri perfileman Melayu dengan memegang pelbagai watak lagi. Malah, Wan Jin yang jatuh cinta dengan pakaian tradisional tempatan berhasrat mahu lebih kerap datang ke Malaysia. Wan Jin juga sangat teruja dan merasakan Johor sebagai rumah kedua baginya apabila sudah dua kali berkunjung di sini.
Video menampilkan Wan Jin berbahasa Melayu.
Dia juga menyimpan hasrat yang besar untuk berlajar dan fasih berbahasa Melayu supaya memudahkannya berkomunikasi dengan peminat tempatan walaupun dia sedar dan amat menyenangi dengan peminat Malaysia yang sangat fasih berbahasa English.
Selain memegang watak sebagai Hang Tuah, Wan Jin juga diberi peranan menjadi mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia yang menjadi penganjur utama APAIE 2019 yang bakal berlangsung dari 25 hingga 29 March 2019 di Kuala Lumpur.
Video promosi yang melibatkan Wan Jin sebagai teraju utama bersama beberapa pelajar antarabangsa UTM yang datang dari Jepun, Indonesia, China, Pakistan, India dan Egypt ini bakal ditayangkan secara eksklusif di APAIE 2018 yang diadakan di Singapura bermula 25 hingga 30 Mac 2018.
Aksi Wan Jin bermain Kompang bersama anak-anak tempatan.