Bintang Korea yang cantik dan manis, Suzy menjadi tular di laman sesawang Indonesia apabila fotonya mengenakan hijab sewaktu majlis bertemu peminat yang diadakan di Indonesia pada Isnin, 5 Februari 2018 membuatkan ramai peminat K-POP dan Hallyu beragama Islam senyum riang.
Suzy yang hadir waktu itu melayan peminatnya yang menghadiahkan selendang berkenaan kepada dirinya. Tanpa segan dan penuh mesra, Bae Suzy yang juga bekas ahli Miss A ini mengenakan selendang berkenaan dan beraksi manis di hadapan kamera bersama peminat yang menghadiahkan hijab tersebut. Insiden sebegini sememangnya satu kenangan manis buat peminat K-POP beragama Islam kerana idola dan bintang kegemaran mereka mengenakan hijab yang membuatkan mereka lebih cantik dan sempurna.
Oleh itu, ramai peminat K-POP mengimpikan idola kegemaran mereka agar dapat mengenakan hijab seperti mana mereka. Atas dasar ini, ramai peminat yang mahir dalam menyunting gambar telah melakukan teknik grafik dengan memakaikan bintang K-POP kesukaan mereka tudung atau hijab. Istimewa untuk pembaca EH! KOREA BUZZ, kami tampilkan 16 foto yang menonjolkan bintang Korea menggenakan tudung. Apa yang pasti, anda boleh lihat sendiri foto Suzy, IU dan Solar Mamamoo memakai tudung dalam sebuah program dan beberapa bintang yang fotonya telah disunting memakai hijab.