Kedua-dua figura ini bukanlah selebriti di Korea. Bagaimanapun, mereka berdua berjaya mencuri tumpuan golongan adam dan hawa di Korea Selatan. Malah, peminat antarabangsa yang mengikuti perkembangan Korea turut terpukau dengan 2 individu ini.
Pada perlawanan Kriket baru-baru ini, Seolhwa Choi yang tergolong di antara model yang paling seksi di Korea telah membuatkan pemain baseball hilang fokus untuk bermain kerana tertumpu pada dirinya yang hadir pada perlawanan tersebut. Seolhwa yang telah menjadi pemenang pertandingan Muscle Mania Miss Bikini 2016 telah dijemput untuk membuat balingan bagi upacara pembukaan perlawanan tersebut. Pada waktu itu, semua mata pemain tertumpu kepada setiap gerak geri model ini.
https://www.youtube.com/watch?v=hIqOj5XbMpk
Video viral melibatkan Seoulhwa yang mendapat jolokan Muscle Queen
Selesai acara tersebut, Seolhwa menjadi tular dan follower Instagramnya naik secara mendadak. Menerusi laman instagramnya, model ini turut berkongsi cerita kehidupan seharian serta keperitan dia menyertainya pertandingan fitness.
Jika Seolhwa menawan lelaki di Korea, Joey Kiho Kim pula berjaya membuat hati wanita di Korea bergoncang dengan wajah dan tubuhnya yang seksi serta menawan. Malah, Joey yang berdarah Korea Amerika ini masih lagi bergelar penuntut dalam bidang kedoktoran. Tatkala ini, Joey menetap di Brooklyn, New York dan bekerja sambilan sebagai model dengan diuruskan oleh syarikat RED. Joey menjadi tular bukanlah disebabkan fizikalnya semata-mata, sebaliknya kebijaksaannya berjaya mencuri tumpuan.
Gara-gara tular, Joey bakal menjadi doktor yang sering dikunjungi pesakit untuk mendapatkan rawatan darinya. Joey menyatakan karier model hanyalah sebagai hobi semata-mata tetapi ia sedikit sebanyak memberi inspirasi pada dirinya. Dia juga berharap penglibatannya dalam bidang ini dapat memberikan impak positif kepada golongan Asian American.
Melihat wajah dan gayanya, Joey memiliki pakej yang lengkap dan mungkin bakal bergelar hero Korea paling berjaya. Bahkan wajahnya mirip pelakon terkenal Korea.