Memang tidak dapat dinafikan, fenomena K-POP dan drama Korea di seluruh dunia termasuk Malaysia mendorong lebih ramai orang berminat untuk mempelajari Bahasa Korea. Faktor ini lebih mempengaruhi golongan anak muda terutama sekali pelajar sekolah berbanding orang dewasa.
Untuk mendapatkan khidmat kelas bahasa Korea di Malaysia agak mahal dan terhad. Apatah lagi, permintaan untuk mempelajari bahasa Korea lebih kepada pelajar sekolah atau pun individu yang tidak mempunyai pendapatan.
Oleh itu, EH! KOREA BUZZ memberikan anda petunjuk dan cara yang begitu mudah untuk anda mempelajari bahasa Korea dengan baik sekali. Apa yang pasti, cara ini dikongsi oleh orang Korea yang begitu teruja dan bangga apabila ramai bangsa antarabangsa begitu berminat untuk mempelajari bahasa Korea.
Untuk pengetahuan, rakyat Korea sendiri memperakui bahawa bahasa Korea adalah satu bahasa yang amat sukar di pelajari. Malah, bangsa Korea sendiri ada yang masih kurang mahir dalam selok-belok bahasa Korea. Atas dasar itu, orang Korea akan merasa terharu dan berbangga apabila mengenal pasti orang luar terutama sekali orang Malaysia yang boleh berbahasa Korea. Tidak kiralah, fasih atau tahu sedikit.
Berikut adalah 20 cara mudah untuk anda mempelajar bahasa Korea. Yang penting, kebanyakan cara ini memang berkesan dan percuma. Selamat mencuba.