Penglibatan bangsa Korea dalam industri Malaysia dilihat semakin berkembang pesat terutama sekali dalam arena bola sepak tempatan.
Walaupun nama mereka tidak sehebat bintang K-POP dan Hallyu, namun semakin hari ramai wanita tempatan mula menjeling dan mengambil perhatian tentang bola sepak tempatan apabila 4 pasukan telah menggunakan khidmat pemain yang diimport.
Empat pasukan tersebut ialah pasukan The Red Warrior (Kelantan), Pasukan Melaka United, Pasukan Negeri Sembilan dan Pasukan Terengganu. Ada antara masih lagi baru dalam pasukan masing-masing tetapi mula diberi perhatian kerana mampu membuatkan pasukan mereka berjaya melawan musuh dipadang selain mempunyai susuk tubuh yang menawan dan wajah yang tampan.
Apa yang pasti, selain dari mereka berempat ini, ada juga pemain dari Korea Selatan yang lain telah tamat kontrak dan kembali ke Korea. Jom kenali mereka di sebelah.