Jika anda tidak mempunyai masa yang lama untuk menyiapkan hidangan untuk bersahur, KOREA BUZZ kongsikan anda lauk sedap dari Korea yang bukan saja sedap di makan tetapi boleh disiapkan bawah 15 minit saja.
Hidangan ringkas ini juga boleh disimpan dan tahan lama. Selain itu, ia juga berkhasiat dan menyelerakan. Bukan saja untuk bersahur, anda boleh memakannya sebagai hidangan berbuka puasa. Bahan-bahan yang diperlukan pula mudah diperolehi. Apa yang pasti, anda pasti berjumpa lauk ini di setiap rumah orang Korea. Ianya adalah lauk sampingan yang wajib ada dan membuka selera.