10. 허경환/ Heo Kyung Hwan
Pelawak lelaki yang paling popular dan digilai ramai. Mula dikenali menerusi program Gang Concert dengan watak Four Men, Seoul Mate dan Dignity of A Beggar. Ia turut dikenali menerusi program Condition dan Mamma Mia. Dilahirkan pada 16 Februari 1981 dengan ketinggian 167 sm. Dia juga memiliki program TV sendiri iaitu I am a Man. Kyung Hwan merupakan graduan Busan Arts College, Masan University. Walaupun rendah, peminat di Korea tergila-gila kerana badannya yang seksi, six pack, kacak dan karaktor yang comel. Dia juga disukai kerana sikapnya yang pemurah.