2. 류근지/ Ryeo Kenji
Diawal kemunculan Kenji, nama dan lawaknya tidak mendapat sambutan yang baik. Namun, jejaka yang dilahirkan pada 17 Jun 1984 ini terus berusaha dan kini mampu mempunyai bilangan peminat yang ramai. Kenji mula menarik perhatian ramai apabila berubah fizikal dari seorang yang kurus dan menjadi seorang yang sado. Malah, Kenji pernah menyertai pertandingan bina badan dan mendapat tangga tertinggi dalam pertandingan tersebut. Kenji juga kini bergelar model fitness dengan ketinggian 186 cm. Tarikan utama yang ada pada Kenji adalah ketinggian dan six packnya yang sempurna.