2)Peminat Azali
Ini adalah peminat yang memiliki setiap album dan telah banyak habiskan wang ke konsert artis Korea walaupun tidak mempunyai punca pendapatan. Mereka suka memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka sudah terpacak dan berada di konsert lebih awal dari orang lain. Mereka juga sering berbicara mengenai cara perkembangan idola dari mula hingga kini. Mereka ada tabiat suka menuduh peminat baru sebagai peminat palsu kerana mereka tidak pernah wujud menyokong artis berkenaan selama ini.