6)Peminat Malu-Malu Kucing

Peminat kategori ini agak segan untuk orang ramai tahu bahawa dia adalah peminat K-POP. Kebiasaannya peminat ini terdiri daripada peminat lelaki yang agak ego dan tidak mahu orang salah anggap ke atas dirinya apabila dia mengakui dia peminat K-POP. Hakikatnya, peminat jenis ini banyak muat turun lagu-lagu K-POP dalam telefon bimbit. Mereka juga ada menyimpan pelbagai gambar artis K-POP. Mereka juga akan cepat-cepat padamkan gambar tersebut sekiranya ada orang melihat telefon bimbit milik mereka. Mereka akan bersikap negatif seandainya ada orang berkata mengenai K-POP walhal hati mereka memberontak mengatakan mereka suka.