COFFEE PRINCE FILIPINA
Tanpa menukar tajuk asal, Coffee Prince versi Filipina ini mendapat impak negatif selepas dua bulan tayangan di kaca TV. Faktor paling ketara kerana rating drama tersebut begitu teruk. Malah, peminat menganggap pengarah sudah memporak perandakan watak dan jalan cerita drama Coffee Prince. Drama ini sudah bertukar menjadi cerita lawak dan komedi.
Selain itu, ianya juga berlaku atas masalah kontrak dengan pihak TV asal drama Coffee Prince di Korea. Pelakon wanita drama ini iaitu Kris Bernal dikhabarkan tidak berjaya membawa watak tersebut dan masih nampak seperti perempuan. Bagaimanapun, hero utamanya iaitu Aljur Abrenica berjaya membawa watak tersebut dengan baik sekali tetapi tidak mampu memberi impak luar biasa sehingga drama ini hanya ditayangkan sebanyak 17 episod saja.