Selain bintang K-POP dan drama Korea, peminat begitu teruja dengan model-model kelahiran dari Korea Selatan. Bahkan, mengikut trend terkini, ramai aktor drama dan filem di Korea memulakan karier di pentas glamor sebagai model terlebih dahulu.

Persaingan untuk menjadi model di Korea begitu sengit kerana berlambakan jejaka dan gadis cantik, kacak dan menawan. Oleh itu, permohonan untuk menjadi model di Korea begitu ketat dan bersaing hebat.

Malah, ramai model-model di Korea memulakan langkah baru dengan mengambil peluang untuk menjadi model antarabangsa. Ada juga yang sanggup menetap di barat dan negara Asia yang lain semata-mata untuk mengejar minat dalam bidang peragaan.
Istimewa buat pembaca EH!KOREA BUZZ, kami hidangkan anda 10 model lelaki Hangat di Korea yang mempunyai follower ramai di media sosial.