Tanggal 9 Mei merupakan hari paling penting dalam diari rakyat Korea yang mana hari ini mereka perlu memilih presiden terbaru buat Korea Selatan. Atas dasar itu, ramai selebriti terkenal Korea tidak lupakan tanggungjawab mereka membuang undi. Ada juga selebriti Korea yang datang menggundi dengan memakai kostum watak yang sedang dalam penggambaran.
Difahamkan ramai selebriti sudah pun mula membuang undi bermula 5 Mei yang lalu. Yang pasti, kebanyakkan mereka mempunyai idea dan cara sendiri dalam menterjemahkan rasa mereka selepas mengundi.
Jom ikuti ragam bintang Korea seperti EXO, GOT7, TWICE, UP10TION, B1A4 dan ramai lagi di hari penuh bermakna bagi warganegara Korea Selatan.