Kumpulan SPECTRUM yang baru saja debut di Korea pada Mei tahun ini menerusi lagu Light It Up menerima berita sedih apabila salah seorang ahli kumpulan ini bernama Kim Dong Yoon telah dilaporkan mati.
Dong Yoon yang dikenali menerusi program MIXNINE telah mati pada 27 Julai 2018. Pengesahan ini telah dibuat oleh pengurusan mendiang iaitu WYNN Entertainment. Dong Yoon merupakan satu-satunya ahli SPECTRUM yang melepasi program MIXNINE dan menjadi popular. Pun begitu, Dong Yoon yang lahir pada 3 Jun 1998 tidak berjaya ke peringkat seterusnya dalam program itu.
Menerusi pengumuman tersebut, pihak WYNN memohon maaf dengan berita sedih ini. Malah mereka seakan terkejut dan terpaksa menerima kematian bakat muda yang baru berusia 20 tahun dan menyambut ulang tahun kelahirannya sebulan yang lalu.
Mereka berharap peminat Dong Yoon boleh menerima berita kehilangan bintang baru ini dengan hati yang terbuka. Disamping itu, pengurusan mendiang turut memaklumkan keluarganya mahu melakukan upacara pengebumian secara senyap.
Dalam pada itu, peminat kumpulan K-POP Twice terutama di Malaysia turut berasa sedih dan hampa apabila kumpulan yang dibarisi 9 gadis cantik ini terpaksa membatalkan konsert yang dijadualkan pada 28 Julai 2018.
Difahamkan, Twice telah pun tiba di Kuala Lumpur pada 26 Julai dan selamat mengadakan sidang media bersama media di Malaysia pada 27 Julai 2017. Kedatangan mereka telah disambut baik peminat dan media tempatan.
Penganjur konsert ini iaitu IME Malaysia telah memaklumkan mengenai pembatalan konsert ini menerusi penyebaran siaran media. Walaupun penyebab utama konsert ini dibatalkan tidak dikongsi secara terperinci, IME Malaysia memberitahu pembatalan tersebut dibuat berkaitan isu kesalamatan di lokasi konsert.
Konsert yang diberi nama TWICE 2ND TOUR TWICELAND ZONE 2 : Fantasy Park’ sepatutnya diadakan pada 28 Julai bermula jam 8 malam di Stadium Melawati Shah Alam. Penganjur berharap peminat dapat menerima keputusan ini walaupun mereka sedia maklum tiket konsert sudah habis dijual.
Oleh itu, pihak penganjur akan mengumumkan tarikh untuk pembeli tiket umengambil wang pengembalian tiket. EH! KOREA BUZZ mengucapkan takziah buat peminat keluarga dan peminat Dong Yoon dan berharap peminat TWICE dapat menerima berita tentang pembatalan konsert.