Ahli kumpulan Girls Generation yang kini aktif bergerak secara solo dilaporkan terlibat dalam kemalangan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7.40 malam waktu Korea Selatan di sekitar bandar Gangnam.
Saksi kemalangan tersebut telah memberitahu, kereta Mercedes Benz yang dipandu Taeyeon telah melanggar sebuah teksi sehingga menyebabkan teksi tersebut melanggar sebuah kereta Audi yang dihadapannya. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Taeyeon dibawa naik ambulan sekitar jam 8.10 malam yang mana Teayeon mengalami sakit dada. Selain Taeyeon, ambulan turut membawa pemandu teksi dan pemandu Audi ke hospital.
Sementara itu, pihak pengurusan Taeyeon iaitu SM Entertainment telah membuat kenyataan rasmi menjelaskan tentang keadaan Taeyeon dan situasi kemalangan.
“Hari ini dalam perjalanan atas urusan peribadi di sekitar Nonhyun Dong, Taeyeon telah kemalangan disebabkan kecuaian memandu. Dia berasa amat bersalah terhadap pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Taeyeon akan bertanggungjawab dan cuba menyelesaikan masalah kemalangan ini dengan baik.”
Dalam pada itu, Taeyeon dilaporkan sudah pun pulang ke rumah dan kondisinya amat stabil. Mereka juga minta maaf kerana menimbulkan rasa risau kepada semua pihak.