Selain menyukai produk kecantikan dari Korea dan muzik K-POP, banyak penggemar Korea mengambil insiatif untuk melangsungkan perkahwinan dengan menggenakan baju tradisional Korea iaitu Hanbok. Malah, budaya dan kecantikan hanbok yang ditonjolkan dalam drama pastinya mendorong mereka untuk kelihatan cantik dan menarik seperti bintang drama dan filem Korea.
Bagaimanapun, impian untuk menggenakan baju tersebut sedikit meleset apabila pakaian ini begitu sukar dicari dan harganya begitu mahal. Difahamkan, di Malaysia, hanya segelintir butik dan kedai yang menjual hanbok. Bagaimanapun, kebanyakan tidak ori dan telah diubah suai mengikut kesesuaian.
Selain selebriti Korea, ramai selebriti Hollywood juga telah memakai hanbok tatkala mereka mengunjungi Korea untuk menggadakan persembahan. Antara Selebriti Hollywood tersebut ialah Britney Spear, Nicholas Cage, Paris Hilton dan ramai lagi.
Apapun, sempena memeria hkan Inspirasi Cinta yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur bermula 9 April sehingga 22 April, EH ! KOREA BUZZ kongsikan 5 pereka hanbok terhebat di Korea yang semestinya boleh membantu anda untuk menunaikan impian perkahwinan ala Korea Kenali 5 pereka tersebut di sebelah dengan melihat rekaannya sekali. Pasti meriah dan sangat cantik serta sesuai untuk semua.