Mulai 2 Januari 2018, bangsa Johor tidak lagi perlu ke KLIA untuk terbang ke Korea Selatan. Ini kerana, syarikat penerbangan dari Korea Selatan iaitu JIN AIR akan memulakan penerbangan terus dari Johor Bahru ke Seoul khusus buat mereka yang berada di Selatan Malaysia.
Pengumuman ini telah pun dibuat secara rasmi dalam majlis yang melibatkan kedatangan orang besar dari JIN AIR pada 25 September lalu di Johor Bahru. Bagaimanapun, penerbangan tersebut hanya akan dibuat sebanyak 2 kali seminggu saja. Penambahan penerbangan ke 4 kali seminggu pula bakal dibuat mulai Jun 2018. Dengan pengumuman rasmi ini, Johor bakal menjadi pusat tarikan pelancong dari Korea.
Difahamkan, penganjuran majlis yang berkaitan Korea sama ada konsert atau pun majlis berkaitan dengannya yang sebelum ini lebih tertumpu di Kuala Lumpur akan beralih ke Johor Bahru.