2. JUN JIN SHINWA
Ahli kumpulan Shinwa ini berasal dari keluarga yang bermasalah besar. Zaman kanak-kanaknya diselaputi masalah penceraian ibubapa. Ibu bapa Jin terpaksa bercerai kerana perkahwinan tidak direstui bapa kepada ibunya. Atas masalah ini, dia terpaksa tinggal di rumah orang miskin. Tambah teruk lagi, Jin telah ditinggalkan ibu kandungnya dan dia terpaksa tinggal bersama neneknya. Walaupun ayah Junjin seorang penyanyi yang bernama Charlie Park, ia tidak bermakna Jun Jin dikurniakan kemewahan. Selepas ayahnya berkahwin lagi dan dia miliki seorang adik perempuan, perkahwinan ayahnya itu temui jalan perpisahan sekali lagi. Selepas gagal dalam perkahwinan kedua, ayahnya kahwin buat kali ketiga untuk mencari wanita yang boleh menjaga dia dan adiknya itu. Ibu tiri Jin telah mengambil keputusan untuk mencari ibu kandung Jin. Selepas berjumpa ibu kandungnya, Jin dapati ibunya itu sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Selepas peristiwa itu, Jin tidak mahu berjumpa ibunya lagi kerana tidak mahu adik lelakinya itu menghadapi masalah yang sama dengannya.