2)YANG CHI SEUNG
Sebelum giat bergelar PT dan menjadi pemilik gym Body Space di Gangnam, Chi Seung terlebih dahulu bergelar pelakon. Memandangkan nasibnya kurang baik dalam bidang lakonan, dia terus berusaha dan berjaya membantu ramai pelakon Korea untuk tampil seksi dan menawan. Antaranya ialah aktor Kim Woo Bin dan Sung Hoon. Kini dia menjadi pilihan nombor satu selebriti dan rakyat Korea kerana dia menjadi semakin popular selepas muncul dalam program TV King Of Mask Singer. Hyunmin-A juga pernah mendapat khidmat dari jejaka manis ini.