Kumpulan Girls Generation yang baru saja menyambut ulangtahun ke 10 penubuhan kumpulan tersebut di Korea baru-baru ini digelar simbol seks dan pelacur dari ahli psikologi ternama di Indonesia.
Gelaran ini dibuat apabila pihak penganjur Coutdown Asian Games 2018 di Monas mengesahkan bahawa kumpulan yang turut dikenali sebagai SNSD bakal memeriahkan majlis tersebut pada 18 Ogos nanti. Status yang tular di Indonesia serta sekitar Asia Tenggara ini bikin peminat tegar K-POP naik hantu dan berang kepada ahli psikologi berkenaan. Terutama sekali peminat setia SNSD.
Isu ini berbangkit apabila ahli psikologi bernama ELLY RISMAN itu tidak bersetuju dengan pihak penganjur yang mahu membawa artis yang cukup popular dengan lagu Gee untuk sambutan hari kebangsaan Indonesia.
Tindakan ELLY bagaimanapun menerima kritikan hebat dari Netizen di Indonesia. Malah mereka telah berperang dan membahas gelaran pelacur yang diberikan pada SNSD serta mengatakan komen tersebut tidak wajar diberikan kepada SNSD kerana banyak lagi artis di Indonesia berpakaian jauh lebih seksi dan menjolok mata dari ahli-ahli SNSD.
Dalam pada itu, Netizen juga menganggap pakar psikologi itu sudah salah faham dengan SNSD dan mahu dia menerima hukuman setimpal kerana telah menabur fitnah terhadap imej artis dibawah payung SM ENTERTAINMENT.