Fenomena K-POP dan drama Korea yang menular diseluruh dunia termasuk Malaysia semakin hari semakin berkembang. Malah, ramai masyarakat tempatan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bergaya seperti artis Korea. Selain jenama telefon pintar jenama dari Korea menjadi pilihan utama masyarakat tempatan, produk kecantikan dan kosmetik dari Korea juga turut menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia.
Difahamkan, keinginan dan kehendak terhadap jenama dari Korea makin tinggi berikutan fenomena drama Korea dan muzik K-POP yang terus melekat dan tidak menjemukan peminat. Dalam pada masyarakat tempatan makin minat dengan produk Korea, banyak produser dan syarikat dari Korea turut bersaing untuk membuka cawangan di Malaysia.
Minat dalam meluaskan empayar Korea ini bukanlah satu benda baru, sebaliknya banyak muzik video artis Korea sudah pun memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran untuk muzik video mereka. Jadi tidak hairanlah sudah banyak muzik video, drama Korea dan program TV Korea menjadikan Malaysia sebagai pilihan untuk penggambaran.
Istimewa untuk pembaca EH! KOREA BUZZ, kami senaraikan 10 Muzik Video dan drama popular Korea yang telah pun membuat penggambaran di Malaysia. Anda pasti kagum melihatnya.