Kumpulan ONLY ONE OF yang dianggotai 7 anak muda ini masih lagi baru dalam industri muzik K-POP. Malah, mereka tidaklah setanding kumpulan BTS yang menakluk dunia ketika ini. Pun begitu, keunikan Only One Of terletak kepada variasi bakat dan umur anggota yang jaraknya jauh.
Walaupun masih lagi baru, ONLY ONE OF beruntung kerana sudah memiliki album penuh sendiri bukan saja album digital tetapi album fizikal. Malah, mereka mampu mengadakan showcase secara roadtour di dua negeri iaitu Johor dan Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, persembahan tersebut dibanjiri ramai peminat K-POP di seluruh negara, pada penghujung 2019. Ada juga yang hadir dari Singapura dan negara jiran.
Apa yang pasti, sebelum mereka menghiburkan peminat di Malaysia, EH! KOREA BUZZ berkesempatan menemubual mereka secara dekat dan mesra di Cafe Benne, Damansara Utama yang menjadi lokasi rasmi untuk bintang baru KPOP ini berjumpa dengan beberapa media tempatan yang terpilih.
Jm ikuti lebih dekat KB, Love, Rie, Yoojung, Junji, Mill dan Nine yang menjawab soalan berkaitan Malaysia. Menariknya, mereka ini seakan terpinga-pinga kerana tidak banyak tahu tentang Malaysia tetapi mempunyai peminat yang ramai dari Malaysia.