Drama popular Korea yang berunsurkan percintaan pastinya menampilkan tempat cantik di Korea sama ada untuk dating, berbulan madu dan melamar. Contohnya Pulau Nami telah menjadi imej kepada Korea sebagai lokasi yang sesuai untuk bercinta dan berbulan madu apabila ia menjadi lokasi utama sebuah drama popular Korea.
Bagaimanapun, tidak kesemua lokasi yang digambarkan dalam drama Korea berlaku dalam realiti. Pun begitu, ianya bukanlah khayalan semata sebaliknya ia adalah satu imaginasi oleh produser dan penulis skrip yang kebiasaan menjadi kenyataan apabila drama tersebut menjadi kesukaan ramai dan popular.
Apa yang pasti, dari keseluruhan lokasi penggambaran yang ditampilkan, lebih 50% lokasi berkenaan adalah benar. Malah, sudah menjadi kebiasaan pasangan kekasih di Korea memilih lokasi tertentu sebagai lokasi wajib untuk luah rasa cinta dan melamar. Jom ikuti di sebelah, 7 lokasi pilihan bagi pasangan kekasih di Korea untuk membuat lamaran atau terima lamaran.