1. SUKAN AIR SEOUL
LOKASI:
Hangan Water Sport Complex
Inchon Han River Park
http://leisurekr.com/product/hangang-seven-water-sports-complex/
Tarikh: 1 Mei Hingga 31 Oktober
Aktiviti Water Ski, Wakeboard dan Fun Boats sangat popular pada musim panas. Malah, anda boleh ikuti aktiviti ini dikelilingi keindahan bandar Seoul. Aktiviti ini terbuka kepada sesiapa saja dan antara aktiviti yang sangat popular untuk anda menambah kenalan Korea. Aktiviti ini kebiasaannya boleh dilakukan di Sungai Han yang sangat popular sebagai destinasi bercinta orang Korea yang dipersembahkan dalam banyak drama popular Korea.
Aktiviti ini terbuka kepada semua bermula dari umur 5 tahun. Malah, mereka turut menyediakan aktiviti khas buat warga emas yang berumur 65 tahun. Keselamatan amat dititik beratkan dalam aktiviti sukan air ini. Sebelum melakukan aktiviti ini, taklimat keselamatan disediakan. Jadi jangan perlu risau kerana Instruktor juga disediakan khas buat anda.