4. Aktiviti SKI
Lokasi: 262, Hanchigol-gil, Seo-myeon, Hongcheon-gun, Gangwon-do
Pusat Ski: Daemyung Vivaldi Ski Park
https://www.daemyungresort.com/daemyung.front.foreign.main.main.ds/dmparse.dm
Tarikh: Disember hingga Mac
SKI merupakan aktiviti paling popular di musim salji. Malah, kebanyakkan pelancong datang ke Korea pada musim sejuk semata-mata untuk menikmati aktiviti ini. Malah, ia turut digambarkan antara aktiviti menarik dan romantis dalam drama Korea.
Aktiviti Ski di The Vivaldi Ski Park boleh dikunjungi 20,000 pelawat dalam masa sehari. Vivaldi Oark merupakan pusat Ski terbaik di Asia. Drama lakonan Lee Min Hoo dan Jun Ji Hyun iaitu Legend Of The Blue Sea juga telah mempamerkan keindahan dan keseronokan aktiviti di sini. Anda boleh melihatnya dalam episod ke 6 drama Legend Of The Blue Sea.
Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman bermain Ski, mereka mempunyai tenaga pengajar yang fasih berbahasa English. Bukan saja fasih, malah mereka sangat mesra dan wajah persis pelakon Korea. Kebiasaannya anda akan diajar selama sejam sebelum dilepaskan untuk bermain SKI.