6. Hiking
Lokasi: Bukhansan, 375, Daeseomun-gil, Deogyang-gu, Goyang-si, Gyeonggi-do, Republic of Korea
Tarikh: Sepajang Tahun
Waktu puncak: Musim Luruh dan Musim Bunga
Aktiviti Hiking sememangnya popular di kalangan masyarakat Korea. Destinasi popular sudah semestinya di Gunung Bukhansan iaitu terteletak di bahagian utara Seoul. Bukhansan bermakan Gunung Besar di Utara. Lokasi ini sangat popular dengan pemandangan indah yang wajib dilihat.
Kebiasaannya, pelancong tidak ketahui lokasi menarik ini. Bagaimanapun, mereka mengalu-alukan bangsa asing untuk menikmati keindahan pemandangan gunung Bukhasan dengan aktiviti hiking. Aktiviti ini sangat popular di kalangan dewasa berusia 35 tahun ke atas.
Selain menikmati keindahan alam, anda juga berpeluang untuk melawat Seunggesa Temple. Tambah menarik, kawasan ini turut mempunyai Kuil Buddha yang pernah di ban ketika dinasti Joseon.
Anda juga boleh menikmati makanan Korea yang sedap di kawasan kuil. Dengan menyertai aktiviti hiking ini, anda juga boleh melihat keindahan Seoul dari puncak gunung. Anda akan berasa lebih tenang dan jatuh cinta. Selain itu, anda juga boleh melihat sendiri batu-batu menarik di kawasan pergunungan.