Penyanyi KPOP yang pernah beberapa kali mengadakan persembahan di ibu Kota, Chungha dilaporkan suspek COVID-19. Isu berkenaan timbul selepas salah seorang pekerja yang bertugas menjaga penyanyi ini disahkan positif virus corona.
Menerusi penjelasan rasmi dari syarikat pengurusan Chungha iaitu MNH Entertainment, artis ini selamat pulang dari melakukan konsert di Itali pada 24 Februari lalu. Kemudian, salah seorang dari pekerja yang terlibat dengan pengurusan tersebut telah demam dan positif COVID-19 sebaik pulang dari aktiviti berkenaan.
Selepas dari itu, Chungha dihantar terus melakukan pemeriksaan pada 1 Mac 2020 dan dia didapati negatif dari COVID-19. Bukan saja Chungha, pekerja lain turut didapati negatif dari virus ini. Bagaimanapun, Chungha telah direhatkan seketika dari sebarang aktiviti dan di kuarantin di rumah selama 2 minggu untuk langkah berjaga-jaga.
Di samping itu, pakar hiburan Korea mendapati, industri KPOP bakal mengalami perubahan yang drastik akibat dari penularan COVID-19 yang sangat teruk di Korea. Malah, perubahan ini juga melibatkan seluruh dunia yang meminati hiburan Korea. Menurut pakar tersebut, semua agensi hiburan di Korea sekarang ini sedang merancang strategi baru untuk kesemua artis mereka. Malah, setiap pekerja industri hiburan difahamkan tidak lagi datang ke pejabat dan banyak bekerja dari rumah saja.
Memandangkan banyak konsert dibatalkan dan ditangguhkan di Korea dan beberapa negara yang lain, konsert dan persembahan secara virtual atau online akan kerap dijalankan. Difahamkan, cubaan konsert virtual yang dibuat oleh kumpulan Winner baru-baru ini sedikit sebanyak memberi idea baru untuk mencegah COVID-19 dari terus tular.
Selain dari itu, harga dan pendapatan artis Korea akan jatuh dan banyak artis dan pengurusan besar di Korea akan mengintai lebih banyak peluang di luar tetapi tidak demand dari segi harga. Senang cerita, mereka akan ambil apa saja peluang dan tidak terlalu tamak. Perkara ini berikutan banyak juga negara telah banned orang Korea untuk datang ke negara masing-masing. Jadi, ianya membuka peluang lebih banyak syarikat dari luar untuk bekerjasama dengan artis ternama dan syarikat besar hiburan Korea.
Bagaimanapun, perubahan demi perubahan akan dikemaskini dan ia tertakluk kepada kes COVID-19. Penghijrahan yang lebih besar akan berlaku seandainya COVID-19 masih belum berjaya ditangani. Oleh itu, jangan terkejut jika ada lagi perubahan drastik yang bakal diumumkan nanti dari industri hiburan Korea. EH! KOREA BUZZ akan terus berkongsi kemaskini tentang i industri hiburan Korea berkaitan COVID-19.
ANDA BOLEH HUBUNGI DAN FOLLOW HYUNMIN-A JIKA MEMPUNYAI MAKLUM BALAS & PERTANYAAN TENTANG KOREA BUZZ DI LAMAN INSTAGRAM @ HYUNMIN_A. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI. TERIMA KASIH.