1.Kimchi
Makanan yang menjadi lambang kebudayaan Korea ini sememang satu menu yang berkhasiat dan terbukti sebagai salah satu makanan anti kanser. Kandungan utama Kimchi adalah kobis panjang yang diperap bersama bahan seperti serbuk lada, bawang putih dan halia. Setiap famili di Korea mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan Kimchi mengikuti citarasa masing-masing. Kimchi sudah siap terhidang apabila anda memesan makanan di Korea. Malah, Kimchi selalunya diberikan secara percuma. Kebiasaan Kimchi di makan dengan nasi dan ia juga sedap dibuat bahan untuk membuat nasi goreng.