6.Mu Saengchae/ Salad Lobak Pedas
Mu Saengche memang sedap dimakan dengan nasi atau dimakan sebagai ulam. Bahan utamanya adalah lobak putih. Adakalanya ia dibuat dengan mencampurkan lobak putih, lobak merah dan timun. Cara membuatnya sama seperti membuat kerabu. Cuma bahannya berbeza sedikit. Bahan-bahan ini akan diperam bersama gula, garam laut, cuka beras dan serbuk lada Korea. Mu Saengchae memang pedas dan menjadi menu mesti ada ketika anda memesan makanan di Korea.