Remake drama popular Korea semakin mendapat perhatian dihati peminat Malaysia. Bahkan, ramai produser tempatan seakan berlumba-lumba untuk membuat semula drama popular Korea dalam versi Melayu. Faktor ini didorong oleh peningkatan penonton drama Korea di stesen TV tempatan yang bukan saja tergolong dari anak muda tetapi seisi keluarga.
Terbaru, pelakon Hannah Delisha dan Aiman Hakim Ridza bakal bergandingan untuk menjadi hero dan heroin remake drama Full House (FH) lakonan asal Rain dan Song Hye Kyo. Pengumuman tersebut mendapat sokongan padu dari peminat fanatik Korea yang sebelum ini sekeras-kerasnya menolak pelakon Fattah Amin untuk menjadi hero remake Coffee Prince (CP).
Malah, majoriti bersetuju seandainya remake Full House mengekalkan lagu asal Full House yang pernah dipopular oleh arwah Izwan Pilus iaitu lagu berjudul Kembali Senyum.
Memandangkan permintaan remake drama Korea semakin tinggi, EH! KOREA BUZZ mencadangkan agar produser tempatan mengintai peluang untuk membuat remake drama Korea lain yang bukan saja sesuai untuk budaya tempatan sebaliknya turut mempunyai jalan cerita dan mesej yang bagus serta mengetengahkan lagu runut bunyi yang popular dan berkualiti.
Kebanyakkan drama ini telah pun dibuat remake di beberapa buah negara Asia lain seperti Thailand, Filipina dan China yang begitu cepat menerbitkannya. Jom ke sebelah untuk melihat senarai 10 drama Korea yang dirasakan sesuai untuk dibuat dalam versi Melayu. Adakah anda bersetuju?