Tahun ini, ramai selebriti popular Korea telah mengundur diri dari arena hiburan buat sementara waktu apabila perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dengan menyertai latihan khidmat tentera.
Antara bintang ternama tersebut ialah Lee Min Ho, Taecyeon, JYJ Junsu, TOP BigBang, Ji Chang Wook, Seo In Guk, Kwang Hee dan ramai lagi. Malah, kesemua ahli Bigbang turut dilaporkan bakal menyertai tentera mulai 2018. Pengumuman ini membuatkan ramai peminat selebriti ternama ini meraung dan menangis kerana mereka terpaksa menahan kerinduan selama 2 tahun.
Dalam pada itu, EH! KOREA BUZZ senaraikan 7 perkara wajib yang perlu dilalui oleh jejaka Korea sebelum dan selepas nama mereka dipanggil pihak tentera. Mungkin perkara inilah yang menjadi punca ramai lelaki Korea gerun dan takut menjalani latihan khidmat negara ini. Malah, ia juga membuatkan ramai wanita Korea tidak senang duduk dan gelisah.