Nama penyanyi dan youtuber Korea, Jaehan atau Jay Kim menjadi bualan netizen Malaysia apabila dia telah mengesahkan sudah pun menjadi seorang muslim, baru-baru ini. Malah, ramai tertawan dengan tindakan Jay Kim atau kini lebih dikenali dengan nama Daud Kim yang telah mengambil keputusan menganut agama Islam selepas lebih setahun mempelajari tentang Islam.
Di samping itu, selebriti tempatan yang sering saja tular di sosial media, iaitu Alif Satar difahamkan turut terbaca dan mengambil tahu tentang Daud Kim. Malah, Alif yang sering tular setiap kali mengerjakan solat fardu Jumaat dimaklumkan sudah pun merisik dengan individu yang pakar dalam bidang Korea mengenai Daud Kim.
Menerusi risikan tersebut, Alif banyak bertanya tentang latar belakang Daud Kim memandangkan individu tersebut juga ada bersangkut rapat dengan youtuber Korea yang fasih berbahasa Inggeris ini.
Difahamkan risikan tersebut berkemungkinan ada kaitan dengan sebuah projek yang melibatkan Alif dan Daud. Betul ke?
Namun, penglibatan tersebut masih belum disahihkan lagi kerana ianya sekadar pertanyaan mukadimah saja. Sama ada ianya jadi atau tidak, masih belum disahkan lagi. Malah, kolaborasi ini akan diadakan di Malaysia atau Korea pun masih belum tahu pucuk pangkalnya.
Namun, mungkinkah Alif dan Daud akan bersatu dalam sebuah projek viral seperti projek Alif dan Raihan? Tunggu sajalah kata rasmi dari kedua-dua belah pihak ini. Apapun, masakan pokok bergoyang kalau angin tidak bertiup. EH! KOREA BUZZ doakan yang terbaik saja buat kedua-dua figura yang sering saja tular ini. Agak-agaknya, projek apa yang sesuai dengan mereka berdua ini? Cuba anda cadangkan.