6. IU Menang Kes Saman Lawan 11 Netizen
Pada January 2017. Penyanyi IU telah menang kes saman yang melibatkan netizen yang menghantar pelbagai komen jahat. Menerusi pengurusannya iaitu Loen Entertainment menyatakan pihak mereka pada mulanya mahu mendedahkan pesalah berkenaan, bagaimanapun bagi menjaga reputasi dan hati IU, mereka merahsiakannya. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil terhadap netizen berkenaan. Mereka turut memberi amaran bahawa mereka akan sentiasa memberi perhatian semua komen yang melibatkan IU dan artis-artis bawah pengurusan mereka.