Foto: SEANGRAPHY Photography
SIYOUNG PARK, 26
Lepasan Universiti
Suwon
IG: si_young_pp
Motivasi Slim & Badan Menarik
Saya selalu tanamkan diri saya bahawa saya berumur dalam sekitar 20an. Jadi, saya selalu amalkan 10 kali push up dan menyertai sukan taekwondo. Bila saya dapat apa yang saya mahukan, ia buatkan saya tenang dan gembira.
Amalan Diet
Saya makan apa yang saya mahu makan. Tapi dalam masa yang sama, saya juga seimbangkan dengan rutin harian saya dengan bersukan. Makan banyak, exercise pun kena banyaklah.
Cara Manjakan Diri
Dalam 3 hari seminggu, saya akan ke gim untuk exercise. Sebab itulah saya dapat badan macam ni. Dari segi wajah, saya bersyukur kerana dikurniakan wajah sebegini. Terima kasih kepada mak dan ayah saya. Apapun, saya juga akan pakai Sun Block Krim setiap hari.
Bajet Untuk Sihat
Secara peribadi, saya tidak memerlukan bajet yang banyak untuk kelihatan sebegini. Yang penting, kita perlu tahu untuk nampak cool dan yakin. Setiap masa, di mana saja.
Nasihat Hidup Sihat
Nilailah diri anda setiap hari. Selalu tengok cermin. Apabila anda suka pada badan anda, ia membuatkan anda untuk tidak putus asa. Teruskan usaha.