Bukan mudah untuk menjadi artis di Korea. Tidak kiralah sama ada penyanyi, pelakon, model atau yang berkaitan dengan seni. Selain wajah tampan dan jelita, bentuk fizikal memainkan peranan penting terutama sekali untuk bergelar pelakon.
Namun, ramai artis Korea yang popular berjaya merubah diri mereka dari fizikal gemuk kepada kurus tanpa menggunakan teknik pembedahan plastik. Malah, bintang-bintang ini kini menjadi contoh dan antara selebriti Korea yang mempunyai bentuk badan paling seksi dan menarik.
Mereka juga diangkat sebagai selebriti yang semulajadi cantik dan tampan. Jom kenali 15 artis Korea yang dahulunya gemuk dan kini berfizikal menggoda khas buat pembaca EH!KOREA BUZZ.