2. GAYA RAMBUT
KOREA SELATAN: Tiada limit. Mereka lebih berani mewarnakan rambut bagi lelaki dan wanita. Ia ketara kelihatan pada Selebriti K-POP.
KOREA UTARA: Mereka tidak boleh mewarnakan rambut. Malah, mereka hanya boleh memotong rambut mengikut gaya yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan saja. Bagi wanita yang sudah berkahwin, mereka perlu berambut pendek manakala wanita bujang boleh berambut panjang tetapi kena mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Bagi lelaki pula, mereka perlu sentiasa berambut pendek dan memotong gaya yang telah ditetapkan.