Keberkesanan produk kecantikan dari Korea sememangnya mendapat perhatian ramai pengguna terutama sekali wanita di Asia. Dari jutaan pengguna tersebut, sudah pasti tergolongnya wanita yang beragama Islam.
Namun, dari kebanyakkan produk kecantikan Korea yang dikenali, hanya beberapa saja produk yang telah disahkan halal dari kerajaan Korea. Malah persatuan pengguna produk halal Korea turut menyatakan bahawa hanya beberapa saja produk yang mempunyai label halal Korea.
Dalam masa yang sama, ada beberapa produk itu juga telah diiktiraf dan mendapat sijil halal dari JAKIM. Walau bagaimanapun, pihak persatuan Halal Korea masih lagi menunggu dari pihak kerajaan Korea dan dalam proses untuk mengumpulkan jenama produk kecantikan Korea yang halal.
Berikut adalah produk kecantikan korea yang telah disahkan halal dan mempunyai tanda halal.